Wednesday, May 7, 2008

belajo membaca

terkenang

bila ingat waktu mula jejak kaki ke universiti, sukar, payah rasanya nak tamatkan semua pengajian. Masalah kewangan terutamanya membuatkan semua student resah dan berfikir panjang sama ada nak teruskan pengajian atau terus berada di kampung. Waktu tu, mana saja agensi yang nak taja kita belajar, semuanya kita sanggup terima hatta yang nak bagi pinjam semua kita rembat.
tapi bila dah habis ni, banyak pulak yang nak kena fikir. Kerja tetap, loan tak bayar lagi... tapi masa belajar hari tu, taknak ngaji sungguh2. Pah tu le ning, bila dah orang minta bayar loan, mula le kita semua nak salahkan itu, salahkan ini.
kadang2 tu kawan-kawan, kita kena fikir. bukan masa ni untuk kita salahkan sapa2 tapi sebaliknya kita harus tanya diri, ke mana kita nak arah langkah ini, apa yang kita harus jadi. Takkan ke mana kita kalau asyik salahkan semua orang. Hutang TETAP kena bayar walaupun tidak dituntut (maksud hadis).

Tuesday, May 6, 2008

hidup perlu syukur





Terima kasih Kerajaan Malaysia. Dari umur dalam perut hingga kini, aku diberi peluang untuk terus hidup sihat dan menjadi manusia.